Penyampai radio

Juruhebah radio (juga dikenali sebagai pengacara radio atau penyampai radio) ialah petugas penyiaran radio yang disiarkan suaranya. Seorang juruhebah radio memperkenalkan dan membincangkan pelbagai genre muzik, mengacarakan wawancara yang menyambut panggilan pendengar, atau menyampaikan berita, ramalan cuaca, perkembangan sukan atau lalu lintas. Juruhebah radio yang profesional lazimnya tidak kekal dalam satu stesen sepanjang hayat kerjayanya; sebaliknya, mereka ada bertukar dari satu stesen ke stesen lain.